Ahad, 13 Februari 2011

Ulang Tahun Kelahiran Nabi Muhammad SAW 1432 H




15 Februari 2011, Selasa - Esok merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Tanggal 12 Rabiul Awwal saban tahun dirayakan oleh umat Islam sebagai memperingati, menghayati dan mencontohi peribadi agung yang ada pada Rasulullah SAW.

Valentine's Day : Haram Bagi Umat islam Menyambutnya




Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Layari : KLIK

Taklimat Guru Tauliah Negeri Perak

12 Februari - Admin berkesempatan ke Maahad Al-Abbasiah, Sungkai, Perak yang menjadi lokasi taklimat menghadapi peperiksaan bagi bakal guru tauliah negeri Perak. Walau pun telah memiliki tauliah sebagai Guru Agama Dakwah (GAD) Negeri Perak, Daerah Tapah tetapi bagi admin ia masih belum mencukupi kerana keperluan masyarakat Islam di negeri ini. Pengkuliah atau penceramah tanpa tauliah dilarang daripada menyampaikan ceramah atau kuliah walaupun ia memiliki ilmu yang tinggi, sijil bertaraf Ph.D atau kebolehan berpidato yang hebat. Ia terbukti pernah menimpa beberapa orang public figure, seperti mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.

Selasa, 27 April 2010

Kepentingan Menuntut Ilmu

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya : "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."(Al-Bazzar)

Hadis yang kedua puluh tiga ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama.

Huraiannya:

Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.

Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.

Imam Al-Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.

Ceramah

Allah

Muhammad

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP